Rabu, 20 Februari 2008

ANak.



Seram lagi...

Filem Anak,terbitan Box Lite Film ini akan ditayangkan pada 21 Februari 2008 dan dijangka membawa kelainan kapada penonton yang menggemari filem-filem bercorak misteri.Kata penulisnya Michael Ang,kelainan filem ini akan dapat dirasakan penonton berkaitan misteri kemunculan budak lima tahun yang sering menghantui Nita iaitu watak utama.
Filem yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah umur ini dibarisi pelakon-pelakon handalan antaranya Erra Fazira,Ida Nerina,dan Rusdi Ramli.
Filem bergenre seram/ngeri ini dijangka akan membawa penonton mengalami penderitaan Nita yang dasyat...Saksikan nanti di pawagam berhampiran.


SINOPSIS:

Anak menceritakan Nita seorang gadis jelita yang mengalami peristiwa pelik sejak dia memulakan hidup baru di sebuah rumah bersama rakannya iaitu kay,seorang peragawan yang berjaya.Semuanya bermula bila Nita sering didatangi seorang budak berusia lima tahun yang mengganggu dirinya sehingga Nita merasakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku.Selepas kematian Mek Mah yang dibimbangi oleh Kay,kemunculan Mak Mah iaitu kembar Mek Mah lebih merumitkan cerita ini.
Nita yang kemudiannya pergi berjumpa pakar psikologi telah membawanya kepada proses pengguguran anak,berpunca peristiwa yang telah berlaku enam bulan lalu iaitu Nita telah diperkosa oleh tiga lelaki.Nita berjaya menggugurkan kandungan tersebut dengan risiko dia tidak dapat beranak lagi.Banyak kejadian pelik yang berlaku selepas itu dengan kemunculan misteri budak lima tahun...






Pengarah : Barney Lee
Syarikat Penerbit : Box Lite Film
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Seram, Ngeri

Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 21 Februari 2008
Durasi : 90 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

Sabtu, 16 Februari 2008

DUyung da TImbul

KRU Films bersama Grand Brilliance Sdn Bhd membawakan anda..."Duyung"...

Filem Duyung merupakan hasil buah tangan pengarah box offis,Prof Madya A Razak Mohaideen dan diterbitkan atas usahasama KRU FILMS dan GRAND BRILLIANCE SDN BHD.Filem fantasi cinta ini sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat dan akan ditayangkan pada 6 Mac 2008.Dibarisi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Maya Karin,Saiful Apek,Awie,Yassin dan Yasmin Hani,filem "Duyung" ini dikatakan bakal timbul tak akan tenggelam...Nantikan kemunculan duyung Malaysia...

Duyung mengisahkan Jimmy,seorang pemuda yang bercita-cita ingin menjadi kaya.
Semuanya bermula bila Jimmy dihalau oleh Kordi dari kampungnya iaitu sebuah pulau yang kecil dan berpunca daripada perebutannya dengan Kordi yang inginkan Aspalela iaitu anak kepada Tok Mudim kampung.Jimmy yang dicabar oleh Tok Mudim untuk memiliki tanah sendiri sebagai syarat untuk memperisterikan anaknya,Aspalela telah berjaya membuat tanah sendiri tetapi kejayaan tersebut masih lagi tidak diterima oleh Tok Mudim malah Jimmy telah dihina dan dicaci olehnya.
Banyak juga peristiwa pelik telah berlaku sepanjang kerjanya membuat tanah tersebut."Nak tahu apa peristiwa tersebut,saksikan filem ini dipawagam nanti".

Jimmy kemudian membaiki pulaunya yang separuh ranap akibat pergaduhannya dengan Kordi sehinggakan ikan duyung terjerat di tali ikatanya. Akhirnya jimmy dan ikan duyung berkawan baik sehingga jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas daripada ikan duyung.
Kordi yang marah dan menyiasat apa yang telah berlaku kepada Jimmy akhirnya berjaya menangkap si duyung.
Apakah yang akan berlaku seterusnya??
Saksikan Duyung di pawagam anda 6 Mac ini...

Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Syarikat Penerbit : KRU Films Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Fantasi, Cinta
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 06 Mac 2008
Durasi : Tiada Maklumat
Audio : Tiada Maklumat
Format : 35mm





Jumat, 08 Februari 2008

MEncipta PErsada.


Bermula dengan filem Selubung,sutradara wanita yang berasal dari Negeri Sembilan ini makin mencipta nama di persada filem Malaysia.
Beliau dikenali dengan nama Shuhaimi baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi.
Dinobatkan sebagai pengarah terbaik pada malam Festival Filem Malaysia ke 20 tahun lepas,Shumi telah mengulangi kejayaan tersebut untuk kali ke tiga selepas kemengannya sebagai pengarah terbaik pada malam FFM13(1997) untuk filem Layar lara dan Pontianak Harum Sundal Malam 2 pada malam FFM19(2006).


Antara anugerah yang diperoleh sepanjang keriernya:


Sepanjang keriernya sebagai seorang sutradara,Shumi telah menghasilkan sebanyak lapan buah filem.
Antara filem yang dihasilkan:


Selubung(1992)

Ringgit Kasorrga(1995)

Layar Lara(1997)

Mimpi Moon(2000)

Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2(2004 dan 2005)

Waris Jari Hantu(2007)

1957 Hati Malaya(2007)


Shuhaimi baba juga telah banyak membantu dalam menaikkan nama-nama pelakon terkenal menerusi filemnya,antaranya ialah:
Maya Karin(Pelakon Wanita terbaik ABPBH 2005,Festival Filem Seram Estapona Spain dan Fukuoka Jepun menerusi filem PHSM 1 dan 2)
Rusdi Ramli(Pelakon filem lelaki terbaik FFM20 menerusi Filem Waris Jari Hantu)


Namanya mula naik selepas filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2 berjaya meraih pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.
Terakhir,dengan kesungguhan beliau menghasilkan filem berbentuk sejarah iaitu 1957 Hati Malaya telah membuktikan bahawa beliau seorang pengarah yang santai.
Beliau juga seorang pengarah filem yang berkebolehan dalam menghasilkan lirik lagu untuk lagu tema filem beliau,antaranya


Pulangkan,dendangan Misha Omar(berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun 2004)

KU seru,dendangan Misha Omar(meraih anugerah lagu tema asal terbaik FFM 19 tahun 2006)

Kaih Tercipta,dendangan Faizal Tahir(berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun 2007)

Perlu Kamu,dendangan Ajai dan Kris Dayanti(1957 Hati Malaya tahun 2007)

Kemampuan beliau sebagai sutradara yang berbakat diharap dapat mewarnai industri filem tempatan disamping memantapkan lagi mutu filem Malaysia.



Rabu, 06 Februari 2008

DRama ke FIlem.

Kepada semua peminat Dunia Baru... Peminat siri Dunia Baru berpeluang menyaksikan gelagat dan aksi lucu Opie,Anizah,Madihah,Adif,Tajol dan Suzanna dalam Filem Dunia Baru The Movie yang akan ditayangkan pada 7 Februari ini.Sebagai membalas jasa sokongan padu dan sambutan menggalakkan oleh semua peminat terhadap siri Dunia Baru yang diterbit oleh TV3,pengarah muda Yeop Hitler bersama Grand Brilliance akan menerbitkan filem Dunia Baru The Movie untuk semua peminat siri Dunia Baru yang dijamin akan lebih terhibur.

Dari sebuah drama yang menceritakan kehidupan geng remaja kolej yang membina erti persahabatan dan nilai-nilai setiakawan,siri Dunia Baru telah berjaya menambat hati remaja-remaja alam realiti untuk turut merasai kisah yang berlaku dalam Dunia Baru.Penceritaan drama Dunia Baru yang sangat berkait rapat dengan suasana semasa yang berlaku dalam kehidupan realiti remaja kini menjadi alasan mengapa drama tersebut nampak berjaya dan kini terus melangkah ke layar perak.

Seperti tabiat remaja kini yang gemar membaca novel,khususnya remaja perempuan yang berkaitan kisah-kisah cinta remaja,siri Dunia Baru menampilkan kesan yang berlainan menerusi watak-watak yang dimainkan dalam bentuk ceritera TV.Dunia Baru sekali lagi berjaya menarik perhatian penonton sasaran iaitu golongan remaja atau penuntut-penuntut kolej untuk sama-sama menghayati pengalaman kehidupan remaja seperti yang sedang mereka alami.

Dari drama ke filem,Dunia Baru The Movie menampilkan bakat-bakat muda sebagai pendokong watak disamping menjadi tunjang atau kekuatan cerita tersebut.Elyana,Wan Elyas,Pierre Andre dan Anne Ngasri antara pelakon-pelakon muda berbakat besar,telah berjaya memainkan watak-watak yang ditugaskan dengan status "penuh yakin".Mereka menjadi tiang kepada kekuatan penceritaan yang bertepatan kehendak penonton sasaran.

Filem Dunia Baru The Movie yang bergenre "pengembaraan komedi" bakal memberi impak besar kepada industri filem Malaysia kerana sambutan dan komen positif yang diterima dari orang ramai sebelum ini iaitu menyatakan mereka tidak sabar untuk menonton filem tersebut bersama rakan untuk mengisi masa lapang sempena cuti tahun baru cina dan hujung minggu.

Semuanya bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie,Madihah,Suzanna,Adif dan Tajol.Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.
Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa.

Diharap filem Dunia Baru The Movie berjaya mengumpul jumlah kutipan besar untuk membuktikan bahawa filem Malaysia masih segar...Syabas kepada semua yang terlibat.


Pengarah : Yeop Hitler
Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Komedi, Pengembaraan, Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 07 Februari 2008
Durasi : Tiada Maklumat
Audio : Tiada Maklumat
Format : Hi-Def

SEribu LIrik LOloq...

Penulis merupakan peminat Allahyarham Rosli Khamis atau LOloq yang telah kembali ke rahmatullah meninggalkan kita semua.Pemergian beliau telah menjadikan beliau sebagai seorang anak seni yang akan dikenang sepanjang zaman kerana penghasilan liriknya yang sangat berkualiti dan banyak menyumbang kepada kemajuan muzik tempatan.Diharap akan lahirnya selepas ini iaitu pengganti Allahyarham Loloq untuk terus memajukan lagi martabat industri muzik tanah air sama seperti perjuangan Allahyarham dalam memartabatkan bahasa dan muzik semasa hayatnya.Al-Fatihah...


Awie & Search

Nur Nilam Sari


Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari

Buatku merempuhi malam

KAbus berlabuh bagaikan awan

Mengaburi penglihatan

Menyekat maksud di sempadan

Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat

Berlindung dalam lena

Pejamkan mata untukKu lupakan sengsara

Berapa kerdipan

Melaraskan jiwa

Menyusuk ke arah asalku


( korus )


Senyumanmu satu azimat

Buat diriku yang hina

Manusia terpinggir hidup melara

Tak pernah kenal erti bahagia

Namun ku masih gembira

Bagiku rahmat semuanya

Oh mungkin kalau nasib ku berbeza

Aku tak mampu

Menilaikan dikau

Aku berani

Berani aku

Katakan dirimu itu

Dewi kayangan