Rabu, 06 Februari 2008

DRama ke FIlem.

Kepada semua peminat Dunia Baru... Peminat siri Dunia Baru berpeluang menyaksikan gelagat dan aksi lucu Opie,Anizah,Madihah,Adif,Tajol dan Suzanna dalam Filem Dunia Baru The Movie yang akan ditayangkan pada 7 Februari ini.Sebagai membalas jasa sokongan padu dan sambutan menggalakkan oleh semua peminat terhadap siri Dunia Baru yang diterbit oleh TV3,pengarah muda Yeop Hitler bersama Grand Brilliance akan menerbitkan filem Dunia Baru The Movie untuk semua peminat siri Dunia Baru yang dijamin akan lebih terhibur.

Dari sebuah drama yang menceritakan kehidupan geng remaja kolej yang membina erti persahabatan dan nilai-nilai setiakawan,siri Dunia Baru telah berjaya menambat hati remaja-remaja alam realiti untuk turut merasai kisah yang berlaku dalam Dunia Baru.Penceritaan drama Dunia Baru yang sangat berkait rapat dengan suasana semasa yang berlaku dalam kehidupan realiti remaja kini menjadi alasan mengapa drama tersebut nampak berjaya dan kini terus melangkah ke layar perak.

Seperti tabiat remaja kini yang gemar membaca novel,khususnya remaja perempuan yang berkaitan kisah-kisah cinta remaja,siri Dunia Baru menampilkan kesan yang berlainan menerusi watak-watak yang dimainkan dalam bentuk ceritera TV.Dunia Baru sekali lagi berjaya menarik perhatian penonton sasaran iaitu golongan remaja atau penuntut-penuntut kolej untuk sama-sama menghayati pengalaman kehidupan remaja seperti yang sedang mereka alami.

Dari drama ke filem,Dunia Baru The Movie menampilkan bakat-bakat muda sebagai pendokong watak disamping menjadi tunjang atau kekuatan cerita tersebut.Elyana,Wan Elyas,Pierre Andre dan Anne Ngasri antara pelakon-pelakon muda berbakat besar,telah berjaya memainkan watak-watak yang ditugaskan dengan status "penuh yakin".Mereka menjadi tiang kepada kekuatan penceritaan yang bertepatan kehendak penonton sasaran.

Filem Dunia Baru The Movie yang bergenre "pengembaraan komedi" bakal memberi impak besar kepada industri filem Malaysia kerana sambutan dan komen positif yang diterima dari orang ramai sebelum ini iaitu menyatakan mereka tidak sabar untuk menonton filem tersebut bersama rakan untuk mengisi masa lapang sempena cuti tahun baru cina dan hujung minggu.

Semuanya bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie,Madihah,Suzanna,Adif dan Tajol.Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya.
Pengembaraan pencarian Anizah merupakan suatu perjalanan yang semakin lama semakin kecoh dan berperistiwa.

Diharap filem Dunia Baru The Movie berjaya mengumpul jumlah kutipan besar untuk membuktikan bahawa filem Malaysia masih segar...Syabas kepada semua yang terlibat.


Pengarah : Yeop Hitler
Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Komedi, Pengembaraan, Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 07 Februari 2008
Durasi : Tiada Maklumat
Audio : Tiada Maklumat
Format : Hi-Def

Tidak ada komentar: