
Bermula dengan filem Selubung,sutradara wanita yang berasal dari Negeri Sembilan ini makin mencipta nama di persada filem Malaysia.
Beliau dikenali dengan nama Shuhaimi baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi.
Dinobatkan sebagai pengarah terbaik pada malam Festival Filem Malaysia ke 20 tahun lepas,Shumi telah mengulangi kejayaan tersebut untuk kali ke tiga selepas kemengannya sebagai pengarah terbaik pada malam FFM13(1997) untuk filem Layar lara dan Pontianak Harum Sundal Malam 2 pada malam FFM19(2006).
Antara anugerah yang diperoleh sepanjang keriernya:
2007 :Festival Filem Malaysia Ke 20 - Pengarah Filem Terbaik
2007 :Festival Filem Malaysia Ke 20 - Cerita Asal Terbaik
2006 :Festival Filem Malaysia Ke 19 - Pengarah Filem Terbaik
1997 :Festival Filem Malaysia ke 13 - Pengarah Terbaik
1997 :Festival Filem Malaysia ke 13 - Lakon Layar terbaik
Sepanjang keriernya sebagai seorang sutradara,Shumi telah menghasilkan sebanyak lapan buah filem.
Antara filem yang dihasilkan:
Selubung(1992)
Ringgit Kasorrga(1995)
Layar Lara(1997)
Mimpi Moon(2000)
Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2(2004 dan 2005)
Waris Jari Hantu(2007)
1957 Hati Malaya(2007)
Shuhaimi baba juga telah banyak membantu dalam menaikkan nama-nama pelakon terkenal menerusi filemnya,antaranya ialah:
Maya Karin(Pelakon Wanita terbaik ABPBH 2005,Festival Filem Seram Estapona Spain dan Fukuoka Jepun menerusi filem PHSM 1 dan 2)
Rusdi Ramli(Pelakon filem lelaki terbaik FFM20 menerusi Filem Waris Jari Hantu)
Namanya mula naik selepas filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2 berjaya meraih pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.
Terakhir,dengan kesungguhan beliau menghasilkan filem berbentuk sejarah iaitu 1957 Hati Malaya telah membuktikan bahawa beliau seorang pengarah yang santai.
Beliau juga seorang pengarah filem yang berkebolehan dalam menghasilkan lirik lagu untuk lagu tema filem beliau,antaranya
Pulangkan,dendangan Misha Omar(berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun 2004)
KU seru,dendangan Misha Omar(meraih anugerah lagu tema asal terbaik FFM 19 tahun 2006)
Kaih Tercipta,dendangan Faizal Tahir(berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun 2007)
Perlu Kamu,dendangan Ajai dan Kris Dayanti(1957 Hati Malaya tahun 2007)
Kemampuan beliau sebagai sutradara yang berbakat diharap dapat mewarnai industri filem tempatan disamping memantapkan lagi mutu filem Malaysia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar